Sunday, March 31, 2013

~Jatuh Kat sekolah~

Malu gila tadi , aku jatuh tersungkur kot  time nak p ambik barang-barang ustazah , besa la aku kan pelajar yang rajin . hehehe ^_^ , pastuh kan aku  cepat-cepat la  bangun dengan buat muka selamba ~*maklumla cover malu*, dah la time to budak laki tengah ambik wuduk depa pakat gelak kat aku jaa , # Sengal gila ! hmm , yang heran nya macam mana la aku boleh jatuh , aku rasa-rasa aku sempat nak langkah longkang , aku p pijak kain sekolah aku , *kain sekolah aku to labuh sikit buleh seret sampah sekali * hehe :P , sakit jugak la lutut aku nih :>

Friday, March 22, 2013

Setia Hujung Nyawa

"Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidang terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa "

Jieha

:D